I AM THINKING OF NOTHING
Name : DEEN
Birthday : TWO THREE JANUARY
Study at : KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KUCHING
Stay at : KUCHING, SARAWAK
Dreams : DOKTER
Contact Me :
Facebook |
Blog
Love It So Much
-Family
-Friends
-Reading
-Love eating fried rice
-Hang out with family & friends
Heyy. This My Profile :)
azam baru? :: sekadar berkongsi ::
memang sudah menjadi tradisi pada awal tahun, setiap orang akan memikirkan azam tahun baharu masing-masing, matlamat dan cita-cita yang mahu dicapai dalam tempoh 365hari yang mendatang. ikutilah petua azam saya ini supaya kelak anda mampu mencapainya. :)
1. UTAMAKAN DIRI SENDIRI - azam yang anda tetapkan itu haruslah apa-apa yang anda sendiri mahu kecapi, bukan apa-apa orang lain mahu kecapi. adalah sukar untuk manggapai azam yang dipilih kerana mahu membahagiakan orang lain. contohnya, sebagai seorang pelajar sudah pasti ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk membanggakan ibu dan ayah. namun, harus diingat untuk mendapat keputusan yang cemerlang kita haruslah sentiasa berusaha dan menjauhi sikap malas. keputusan yang kita ingin perolehi hendaklah berdasarkan kemampuan dan kebolehan diri kita supaya tidak berasa kecewa apabila mengalami kegagalan. yang perlu anda lakukan ialah mempertimbangkan kesemuanya dan gabungkan dengan harapan dan azam anda sendiri. dengan cara itu, anda akan mendapat memuaskan hati semua pihak termaksuklah diri kita sendiri.
2. TETAPKAN APA-APA YANG MAHU DICAPAI - sesuatu azam haruslah mempunyai sasaran. cuba kita duduk sebentar, ambil masa beberapa minit dan fikirkan pada penghujung tahun ini, apa yang anda mahu capai dalam kehidupan mendatang? anda yang menentukan matlamat itu, ingat! pastikannya adalah POSITIF.
3. PASTIKAN AZAM YANG REALISTIK - apabila memikirkan azam anda itu, usahlah menetap matlamat yang terlalu tinggi melangit. azam tersebut harus realistik, sesuatu yang dapat kita usahakan dalam tempoh setahun. anda tahu kemampuan anda sendiri, buatlah azam untuk mengujinya.
4. AZAM HARUS DAPAT DISUKAT - azam juga haruslah dapat disukat, bukan sesuatu yang kabur dan mempunyai pengertian yang terlalu meluas. contoh azam yang tidak sesuai adalah : "saya mahu berjaya" -saya menganggap azam ini tidak sesuai kerana ia tidak boleh diukur secara empirik. azam yang lebih baik dalam arus yang sama, contohnya adalah : "saya mahu mendapat A dalam mata pelajaran Matematik" , azam ini dapat disukat oleh keputusan peperiksaan, kelak anda akan tahu sama ada azam itu berjaya dicapai atau tidak setelah keputusan diumumkan. harus diingat, kita tidak perlu berasa kecewa dan berputus asa apabila azam tersebut tidak dapat dicapai sebaliknya kita hendaklah sentiasa membaiki kelemahan pada diri kita :)
SELAMAT BERJAYA (。◕‿◕。)
Older Post | Newer Post